Ulang tahun ketiga cikgufizi.com

By cikgufizi 20 Ogos 2021, 23:29:17 Aktiviti Guru
Ulang tahun ketiga cikgufizi.com

Ulang tahun ketiga blog cikgufizi.com

Tak perasaan rupanya ada nofication mengenai pembaharuan domain. Ini bermakna bulan Ogos merupakan bulan cikgufizi.com didaftarkan. Alhamdulillah, baru masuk tahun ketiga tahun ni. Ikut data rekod 1st time register domain 20/8/2017.

Saya mula daftarkan nama domain cikgufizi.com ini menerusi kenalan yang bekerja dengan syarikat penyedia hosting di Sabah. Dengan kos yang saya fikirkan berbaloi, saya hanya perlu menyediakan konsep, data dan bahan yang diperlukan untuk blog ini.

Kenapa kita patut buat perkongsian di blog atau web sendiri?

Pada saya, mulanya tak terfikir untuk mempunyai blog sendiri, apatah lagi prospek yang ada dalam sesebuah blog memerlukan idea dan konsep tersendiri. Kalau blogger guru lain, saya tak pasti. Setiap guru ada alasan mereka tersendiri. Bagi saya pada mulanya hanya untuk sekadar suka-suka dan untuk kenang-kenangan.

Namun demikian dalam masa yang sama, saya amat tertarik dengan blog cikguhailmi.com. Blog ini sentiasa memberikan inspirasi perkongsian dalam bidang kerjaya perguruan dan menghargai hasil kerja pelajar. Bermula itu, saya mula menyimpan keinginan impian untuk mempunyai blog sendiri. Tujuannya hanyalah untuk cuba belajar menjadi sebahagian kecil insan yang dapat memberikan manafaat  perkongsian kepada orang lain sama ada untuk guru mahupun pelajar.

Lalu saya pun mula untuk berkongsi semasa memulakan penulisan perkongsian tetapi topik yang dipilih agak bercampur antaranya mengenai keluarga, kerjaya, minat, aktiviti guru dalam Perniagaan dan Prinsip Perakaunan. Ini menyebabkan saya rasa blog ini agak membosankan, tidak menarik dan saya mula untuk jarang berkongsi penulisan sehingga saya mula kembali aktif berkongsi pada akhir dua tahun lepas.

Saya mula belajar untuk lebih fokus lagi. Saya perlukan engagement dan nilai tambah yang berbeza. Apa main objektif? Apa yang menariknya tentang blog aku ni? Saya mula terfikir kerana pada waktu tu kebanyakkan guru-guru yang menulis perkongsian di blog mengenai subjek perniagaan amat kurang, memandangkan perubahan silibus KSSM baharu.

Jadi saya mula untuk fokus pada satu niche sahaja, iaitu saya perlu lebihkan perkongsian sumber bahan mengenai Perniagaan Tingkatan 4 dan 5 dan impak kepada pelajar kelas. Saya mula semula. Kini blog ini berfokus kepada aktiviti guru, PdP pelajar di dalam kelas, perkongisan bahan seperti nota ringkas, buku teks digital, tugasan-tugasan Kertas 3 dan elemen pentaksiran. Kiranya ibarat one stop centre, senang akses bahan, ada catatan aktiviti harian untuk rujukan dokumentasi, pelaporan masa depan, eviden penilaian bersepadu dan sebagai kenang-kenangan anak cucu hari kemudian. Kot-kot mungkin boleh buat buku kisah guru apabila sudah pencen kelak?

Pada waktu catatan ini ditulis, bilangan artikel yang pernah saya siarkan dalam blog ini, jumlahnya hanya sebanyak 135 artikel. Untuk mencapai jumlah artikel ini, ianya mengambil masa yang panjang lebih kurang tiga tahun juga. Memang boleh dikatakan agak lambat, tetapi sejak zaman PdPR ini kekerapan perkongsian itu tetap ada, ini ditambah lagi dengan penyediaan bahan sebelum dikongsikan juga memainkan peranan.

Statistik kunjungan dan muat turun secara percuma sehingga Ogos 2021, ialah 30 bahan untuk dimuat turun, pelawat harian purata sekitar 250 orang unique visitors , jumlah pengunjung selama tiga tahun ini ialah 62 118, ada total hits harian 769 orang. Jika dilihat pada statistik, ia menunjukkan perkongsian itu ada walaupun tanpa kita sedari. Alhamdulillah.

 

What next?

Terlalu banyak diminda, namun perlaksanaannya haruslah realistik dengan nilai contents yang boleh kita sumbangkan. InsyaAllah, bagi tahun hadapan saya akan cuba sesuatu yang baru iaitu bermula dengan ubahsuai interference yang kelihatan lebih minimal. Ini dirancang lagi dengan menyebarluaskan perkongsian Modul Perniagaan Tingkatan 4 dan 5 yang dihasilkan dengan lebih aktif.

Disamping itu, sudah pasti akan adanya update dan upgrade perkongsian bahan seperti perkongsian video ringkas PdP dan nota pantas infografik topikal, review pembacaan buku/majalah dan perkongsian kisah sejarah asal usul founder business sama ada syarikat mahupun jenama. Selain itu juga, dari segi dapatan rekod saya juga akan menyediakan ruang untuk sign up atau register untuk data pelawat. InsyaAllah saya akan cuba buat yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Harap-harap masa dan kesihatan mengizinkan untuk saya laksanakan perancangan saya ni.

Saya akan terus menulis, berkongsi bahan sampai bila-bila. Terima kasih saya ucapkan atas kesudian membaca perkongsian saya ini. Wallahua’lam.

Rafizi Yussof

1126 malam

PM baharu ke-9 & Terkini rekod baharu. 20 Ogos 2021 (Jumaat) : Jumlah kes COVID-19 adalah 23,564 kes.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment