MODUL RINGGIT PERNIAGAAN TINGKATAN 5 2021 JILID 2
STARTUPS!
MODUL RINGGIT PERNIAGAAN TINGKATAN 5 2021 (JILID 2)
Sewaktu mula menulis nota Bab 4 Penyata Kewangan Perniagaan sekitar tahun 2017 ada sub topik 4.5 berkaitan dengan mentafsir Penyata Kewangan Perniagaan menggunakan Nisbah Asas. Memang pening kepala nak fikir bagaimana pelajar yang bukan core Akaun dapat memahami konsep serta mengingat formula dengan cara yang mudah dan berkekalan.
Atas sebab itu aku perlu ada satu kaedah yang diharap boleh membantu pelajar dalam topik ini yang dapat memberikan mereka suatu bentuk pentaksiran dan aktiviti berpusatkan murid serta amalan membugarkan blended learning.
Mujurlah ada sedikit pengalaman mengajar Prinsip Perakaunan T5 yang boleh diambil manfaat dan topik yang boleh diaplikasikan.
Ada tiga jenis Nisbah Asas dan daripada ketiga-tiga nisbah tersebut ada 7 nisbah lazim. Dari mengenal maksud, menghafal rumus, mengira nisbah dan seterusnya membuat tafsiran. Ada pelajar yang boleh menghitung nisbah dan dalam masa yang sama boleh membuat justifikasi dengan baik ada sebaliknya.
Sering kali sewaktu kelas, pelajar mudah untuk memahami dan mengingati rumus nisbah. Sesi latihan semua boleh buat tetapi apabila buat mini test/ujian/peperiksaan pelajar sering kali lupa dan akhirnya tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.
Mengapa ini terjadi? Mengapa sebelum ini boleh je jawab?
Dari pemerhatian dapatan awal mendapati, pelajar kurang diberikan latihan pengiraan, pelajar lambat membuat latihan ulangkaji dan akhirnya menyebabkan pelajar tidak dapat fokus pada topik pengiraan. Selain lupa bawa kalkulator la..
Kerana itu mungkin mereka terpaksa membahagikan masa untuk membuat ulangkaji lain bukan setakat topik ini malah subjek teras dan yang lainnya.
Apabila tumpuan dan fokus tak dapat diberikan pada topik pengiraan, ini membuatkan pelajar tak dapat meningkatkan kemahiran pengiraan mereka.
Soalan mudah semasa latihan pun boleh menjadi payah.
Jadi dengan adanya bahan bantu mengajar seperti ini, pelajar diharap dapat fokus kerana modul ini berjilid yang mempunyai kandungan khusus khas untuk pelajar bagaimana dapat belajar dengan mudah bermula definisi, soalan latihan mengira, dan sekali gus mentafsir 7 nisbah melalui 30 soalan latihan pengiraan, lebih 50 soalan objektif dan 9 soalan esei Bahagian A dan B.
Bukan Bab 4 sahaja, tetapi modul ini juga merangkumi kandungan Bab 6 Persediaan Memulakan Perniagaan Subtopik 6.6 Penyediaan Penyata Aliran Tunai dan Bab 7 Merancang Pengendalian Perniagaan sekaligus dapat menyediakan satu draf Rancangan Perniagaan sebagai persediaan awal untuk memulakan Kertas 3 SPM.
Ini merupakan satu penghormatan nilai buat diri saya sebagai seorang guru walaupun saya tahu bahan ini tidaklah sempurna tetapi insyaa Allah dengan dedikasi yang ada saya akan sentiasa melakukan pemurnian dan dikemaskini dari masa ke masa.
Kini manuskrip yang keempat sudah siap diterbitkan. Alhamdulilah,dengan izin Allah sudah lengkap 4 modul yang dihasilkan.
Nama idea RINGGIT ni dipilih kerana keadaan waktu tu dalam pemilihan tajuk modul situasi matawang ringgit sedang naik...
Itu lah kisahnya di sebalik judul.
Doakan saya.
Alah Bisa, Tegal Biasa.
"Bisnes is Best!"