Taklimat Penataran Tugasan Kerja Kursus Kertas 3 Perniagaan SPM 2022 : Slot 2 Panduan Pengskoran
Tahun ke 4 sebagai Ketua Pentaksir Negeri (KPN) Perniagaan Tingkatan 5 SPM 2022. Satu pengalaman yang sangat berharga bertemu bertukar pandangan dan fikiran tertumput kepada tugasan Kertas 3 amnya. Pada tahun ini, seramai 10 orang guru yang mewakili semua sekolah menengah di seluruh W.P Labuan menyertai taklimat selama 2 hari ini dengan jayanya. Jika sebelum ini dilakukan secara maya ekoran pendemik COVID19, namun tahun ini berbeza. Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Lajau, pelbagai isu dan penerangan dijelaskan. Moga-moga dengan usaha ini keputusan para pelajar SPM 2022 nanti memberikan kesan yang baik dan positif. Terima kasih, tahun terakhir sebagai KPN.
Write a Facebook Comment
Komentar dari Facebook
Write a comment
Ada 1 Komentar untuk Berita Ini
View all comments