Refleksi Perniagaan SPM 2021

By cikgufizi 07 Jun 2023, 21:54:11 Isu Semasa
Refleksi Perniagaan SPM 2021

Refleksi Perniagaan SPM 2021

 

Esok saat yang ditunggu-tunggu oleh guru dan pelajar tingkatan 5, seram sejuk teguh menanti keputusan SPM 2022 menjelang tengahari. Perasaan yang sama hampir setahun yang lalu. Cuma waktu yang berbeza. Malam ini baru aku ada keberanian untuk berkongsi. Berkongsi sebuah kisah mereka di SPM 2021.

 

Beberapa bulan lepas aku dapat bertemu dengan bekas pelajar Perniagaan. Kali terakhir bersua muka semasa kelas tambahan pecutan akhir sebelum SPM 2021 bermula.

 

Tiba pada hari pengumuman aku hanya mengintai dari tabir tingkap, jauh terlihat gelak tawa mereka berteman ibubapa. Menjelang tengahari, deretan ucapan tahniah diterima. Bagi aku itu sudah rezeki mereka. Alhamdulillah diberi nikmat seorang guru.

 

Aku mengenali mereka sejak dari tingkatan satu lagi.

Rumah yang mereka tinggal hanya bersebelahan dua tiga kampung jaraknya dengan sekolah.

Ada yang agak pendiam, pemalu. Ada yang aktif ringan tulang percaya pada diri. Ada yang tidak percaya pada kebolehan diri tapi kuat semangatnya berusaha. 

 

Satu ketika semasa menyemak tugasan projek, aku melihat perasan mereka gelisah. Aku berdiri dan terlihat kesan pemadam mengotori draf jawapan yang kasar. Apabila aku bertanya kepada mereka, “mengapa ni?”. Mereka diam mengeluh.

 

“Nada apa-apa cikgu” balas salah seorang tanpa memandang. Aku tahu mesti sesuatu yang berlaku. Namun tingkah lakunya runsing mula berlebihan menyemai tekanan. Menunduk menulis tiba-tiba “susah la cikgu. Payah..” sayup kedengaran. Sudah diagak. Mereka ini generasi PdPR dua tahun.

 

“Mana yang cikgu boleh bantu?” Jika ada apa-apa cikgu boleh tolong bagitau. Berdiam diri tidak dapat selesaikan tugasan ni.”. Diketahui ada elemen yang mereka sukar. Bahagian Rancangan Kewangan bukan mudah bagi mereka yang tanpa latar belakang perakaunan, walaupun bagi seorang guru. Untungnya aku berlatarbelakangkan lulusan Perakaunan.  Dari itu, kami semua mula bermula dari mula kembali. Kira, tulis, salin, taip, cetak, salah, kira, tulis, salin, taip, cetak. Begitulah sehingga selesai selama tiga bulan berselang seli dengan kelas tambahan, ulangkaji, strategi menjawab untuk semua 9 matapelajaran.

 

Dalam diri mereka sentiasa inginkan yang terbaik. Ada keinginan untuk maju. Bagi aku mereka pejuang. Sedikit demi sedikit bibir mereka mula mengukir senyuman. Senyuman paling lebar apabila mereka bertiga mendapat A dalam keputusan akhir mereka. Tambah meriah lagi apabila pelajar straight A’s datangnya dari kelas Perniagaan. Aku turut tumpang gembira sekaki. Mereka juga A dalam Adab dan Akhlak. Menghargai insan yang membantu bersama mereka. Ibubapa, keluarga, guru dan rakan.

 

Bagi aku, tahun 2021 merupakan antara tahun yang terbaik keputusannya. Tahun ke lima ini GPMP mula mengecil bermula dengan 7.++ ketika permulaan dan kini menganjak kepada 5.++ InsyaAllah, aku yakin dengan usaha semua pihak suatu hari nanti tercapai 4.++.  Untuk berada pada tahap sekarang aku mula memahami tiga perkara penting :

 

1. Cuba pelbagai usaha/strategi jangka pendek dan panjang.

2. Program fokus kepada menyelesaikan masalah kelemahan pelajar. Terutama cara merangka membina dan menulis jawapan Kertas 2.

 

3. Skor markah penuh Kertas 3 Tugasan Projek.

 

Dihari konvokesyen mereka menyapa diakhir acara, aku bertanya “Macam mana dapat A perniagaan? Cuba bagi tau adik form 4 dengan 5 sekarang. Ada yang beritahu, ..skor kerja kursus” , “fahami kehendak soalan” dan ada yang cakap ..”modul PdPR cikgu banyak membantu..”. Aku pun senyum kambing. Disebut juga, ini yang membuatkan aku lebih bersemangat.

 

Doakan untuk mereka semua agar terus maju kehadapan, kerana cabaran lebih besar menanti diluar, A dalam SPM, A dalam Adab dan Akhlak juga diluar perlukan satu lagi A, iaitu A untuk Adaptasi yang baik.

 

Mungkin ini sebuah kisah biasa sekolah kampung sahaja tapi kisah usaha mereka sangat luar biasa.

Kisah zaman PdPR bermula dan berakhir dizaman mereka.

 

Sebuah kisah klasik untuk masa depan.

 

Bersenang-senanglah

Karna hari ini yang kan kita rindukan

Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah

Karna waktu ini yang kan kita banggakan dihari tua

 

Sampai jumpa kawanku
Smoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

 

Cikgu doakan korang semua berjaya dunia akhirat. Aminn…

 




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment