Refleksi cikgufizi 2020
Tahun yang sukar, namun setiap kesukaran pasti ada kesenangan.
Baru memasuki tahun ke 8 menjadi guru. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari, masih jauh lagi perjalanan sebagai pendidik, kerana jauh lagi saya mesti menulis untuk kenangan, harapan mendatang.
Ini merupakan kali pertama, saya membuat refleksi pendidikan. Bermacam idea yang hadir untuk dicerita dalam channel ini. Rata-rata semua orang tahu akan cerita pendidikan arus perdana, oleh itu semuanya akan berkisar tentang diri ini.
Ada cerita yang enak sedap didengar, ada juga cerita yang mengusik kekuatan hati. Semestinya sisi-sisi yang baik saja ditunjukkan untuk inspirasi, semangat ketika lemah atau senyum tawa hadapan, yang buruk menjadi pengajaran dan kenangan.
Blog/Website
Alhamdulillah, menjadi sebahagian azam untuk tahun ini mempunyai channel blog sendiri www.cikgufizi.com. Semuanya mengenai satu platform perkongsian bahan berkaitan subjek Perniagaan SPM dari nota, soalan latihan, perkongsian amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) hingga tips-tips berkaitan subjek ini. Dek kerana kurangnya sumber rujukan dalam talian ini merupakan inisiatif ringkas untuk membantu guru dan pelajar. Menjadi harapan agar channel ini terus maju dan konsisten dalam penyebaran maklumat subjek.
Sehingga kini, jumlah muat turun/hit bahan dari channel ini hampir mencecah 3000 muat turun iaitu 2 951 hit/muat turun , hampir 100 artikel perkongsian khususnya dalam subjek perniagaan dan pendidikan dalam tempoh setahun oleh guru dan pelajar. Dalam diam ada yang memerhati, insyaAllah channel ini akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa. Terima kasih semua teruskan sokongan.
Karya Penulisan
Tahun ini juga, saya memberanikan diri untuk menghadirkan sebuah karya penulisan Modul Chamin Perniagaan Tingkatan 4 dan 5 SPM untuk subjek ini. Meskipun belum lagi diterbitkan tapi usaha pertama kali untuk mendapatkan maklum balas perlu untuk hasil karya ini mendapat tempat dan kekal relevan. Namun demikian usaha untuk mendaftarkan hasil karya ini dengan MyIPO sedang dijalankan, dengan pasukan penerbitan.
TV Pendidikan
Tahun ini juga saya mendapat peluang yang jarang diperolehi. Peluang untuk hadir ujibakat slot TV Pendidikan bagi subjek Peniagaan. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga dan perlu dihargai menjadikan diri ini untuk terus bersemangat menjadi warga pendidik yang lebih baik dan ingin terus maju.
Akan Datang
Seperti yang dinyatakan, tahun 2020 ini amat mencabar diri hanya kira-kira 5 bulan guru dapat bersemuka dengan anak muridnya. Selebihnya melalui pembelajaran online di rumah. Dengan pengalaman sedikit yang ada ini harus meningkat diri dengan persediaan yang lebih tersusun rapi pada tahun 2021 yang lebih berganda cabarannya.
Doakan juga agar Modul Champin Perniagaan dapat diterbitkan dengan lebih baik serta channel youtube cikgufizi untuk memperbanyakkan lagi akses bahan kepada subjek ini.
Akhir kata,
Semoga refleksi diri ini akan lebih dapat membantu guru dan pelajar untuk lebih terus cemerlang, moga terus diberi kekuatan, kesihatan yang baik untuk terus berbakti. Amin..
cikgufizi
1104 pm