PLC Negeri : Penulisan Ilmiah Teknik FH2 Perniagaan Bil.2/2021

By cikgufizi 22 Jun 2021, 21:11:31 Aktiviti Guru
PLC Negeri : Penulisan Ilmiah Teknik FH2 Perniagaan Bil.2/2021

Perkongsian Amalan Terbaik PdP Kelas

Tarikh     : 18/6/2021

Tajuk     : Mengatasi masalah analisis nisbah dan tafsiran menggunakan Teknik FH² Modul RINGGIT Jilid 2 bagi subjek Perniagaan Tingkatan 5 Bakti SMK Lajau.  

Bab            : Bab 4 Penyata Kewangan Perniagaan   

Sub Topik        : 4.5

Standard Prestasi     : Mentafsir Penyata Kewangan menggunakan Analisis Nisbah Asas  

Pengenalan / Masalah / Isu :  

1.    Pelajar sukar mengingat 7 formula/rumus nisbah asas

2.    Pelajar tidak dapat mentafsir atau membuat huraian nisbah dengan baik

3.    Pelajar keliru dalam memberikan jawapan nilai RM, % dan nisbah x:y

Proses Intervensi/Inovasi : Teknik FH² Modul RINGGIT Jilid 2  

Sebelum :  

Pelajar menjawab 6 soalan berkaitan nisbah asas dan didapati sebanyak 66.67% pelajar gagal setelah sesi pertama PdP tanpa menggunakan teknik FH².  

Selepas :  

Pelajar diperkenalkan dengan intervensi Teknik FH² dan didapati sebanyak 86.67% pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.  

Impak pelajar :  

1.    Pelajar mendapat cara lebih mudah dalam menghafal formula/rumus

2.    Pelajar dapat menyatakan jawapan pengiraan berserta huraian tafsiran nisbah asas secara ringkas




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

Write a comment

Ada 5 Komentar untuk Berita Ini

View all comments

Write a comment