Juri Pertandingan Bercerita Tahap 1 Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS)
SRITI W.P Labuan

By cikgufizi 28 Ogos 2022, 11:14:36 Isu Semasa
Juri Pertandingan Bercerita Tahap 1 Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS)

Terganga mulut. 
“Dari mana anak-anak peserta ini belajar? Siapa yang ajar? Latihan hari-hari kali diorng ni” aku cuba menggagak.
“Payah jua ni, ambil masa, labih 2 muka surat ni boleh ingat” jelas hati lagi.

Rasa kagum, terhibur, dengan gelak tawa, intonasinya, gaya tangan, props, adegan yang spontan dan ada yang gugup mungkin kerana melihat juri menenung menusuk mata.

Alahai..Macam-macam ragam anak-anak peserta yang comel lagi mempunyai kekuatan bakat tersendiri.  

Seperti hidup ini juga ada ragamnya tersendiri.
Ragam sebagai pasangan ibubapa.
Ragam menjadi adik abang.
Ragam tengah hujung bulan.
Ragam guru dan pelajar.
Ragam keperluan dunia dan akhirat.

Semua ini jika dilihat dari sudut kebaikan mendatangkan pengalaman yang mematangkan. Seperti mana kisah Surah Yusuf. Satu cerita lengkap yang hebat.

Owh…
Aku pun dulu gugup gak, dari sekolah rendah hingga ke univerisiti. Nak cakap kat depan kelas pun tak nak. Mengelak.  Hingga ada seorang kawan bagi panduan macam mana nak kurangkan rasa gugup. Mulai saat itu sehingga kini, Alhamdulillah ianya banyak membantu. 

Saya kongsikan beberapa tips asas dan ringkas sebagai permulaan dari sahabat:
1.  Doa. Tarik nafas, “Gugup is normal” katanya.
2.  Rancang apa nak sampaikan. Ini ada tekniknya. Kena belajar.
3.  Latihan. Kata orang dulu-dulu. “Practice makes perfect.” 
4.  Be yourself dan
5. Istiqfar.


Nanti lama-lama terbiasa la tu, hinggakan payah pulak nak disuruh berhenti bercakap.

Kalau nak tau tips terkini macam mana nak gilap bakat anak-anak, boleh bersama-sama dengan guru-guru di SRITI Labuan.

Tahniah! Teruskan asah bakat, jadikan pengalaman. Terima kasih anak-anak peserta sekalian mendengarkan pak cik kisah pengajaran yang anak-anak kongsikan di hari Jumaat berkat ini. Moga menjadi ilmu yang bermanafaat dan amal jariah bila matinya anak adam.

Juri Bercerita,
Bakat dari Allah SWT, digilap ibubapa dan guru




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment