Hijrah

By cikgufizi 17 Jan 2025, 22:41:45 Aktiviti Guru
Hijrah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada keluarga besar SEMELA tercinta.


Pada detik ini, angin perubahan membawa saya ke helaian baru kehidupan. Saya dengan rasa campur aduk, ingin berkongsi pengalaman yang telah kita bina bersama di sini.
Setelah 13 tahun mengabdikan diri, hari ini saya terpaksa sekali lagi mengucapkan selamat tinggal buat kali kedua selepas 24 tahun lalu sebagai seorang pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, barisan Penolong Kanan, Guru Kanan Bidang dan rakan sekerja yang dikasihi yang telah selama ini telah banyak membantu saya dari 2013 hingga kini. Tanpa bimbingan, teguran dan sokongan anda semua, saya mungkin tidak akan berada di tempat saya sekarang ini.


Hari ini bukan hanya tentang perpisahan, tetapi juga satu detik menjadikan saya bukan hanya sebagai pekerja tetapi sebagai individu. Setiap detik yang dilalui memberikan saya pengalaman yang tidak ternilai. Pengalaman yang saya peroleh di sini adalah berharga dan saya akan membawa semua ilmu serta kenangan ini bersama saya ke mana sahaja saya pergi. 
Mengakhiri malam ini, izinkan saya berkata, setiap perpisahan membawa bersama satu peluang baru. Ini bukanlah pengakhiran, tetapi perjalanan baru dalam pelayaran ilmu dan pengalaman. Harapan saya, semoga semua terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. 


Terima kasih kepada setiap individu yang menjadikan tika dan saat ini bermakna. Semoga ikatan hati ini kekal, terima kasih atas segala-galanya dan semoga kita bertemu lagi di lain waktu. ?? SEMELA.


Selamat tinggal, tetapi bukan selamanya. 


Wassalamualaikum dan selamat malam. 
Allahumma yasir wala tu’asir.




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment