FRONTLINER

By cikgufizi 25 Jun 2020, 10:18:15 Isu Semasa
FRONTLINER

Kemarin, seperti hari pembukaan sekolah awal Januari setiap tahun. Rasa bersemangat, gembira namun rasa risau itu tetap ada. Sudah pasti pengalaman seperti ini merupakan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan bagi semua warga pendidik.

Tidak terkecuali diri ini dan pelajar. Banyak perkara kami ceritakan terutama berkaitan  pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Dengan adanya pelajar secara bersemuka ini diharap PdP akan lebih tersusun dan memberikan kesan yang menyeluruh.

PdP norma baharu tetap sama seperti sebelumnya yang membezakannya cuma aktiviti kolaborasi itu agak terhad. Namun demikian, hal yang mengembirakan bila dapat jawab salam pelajar, melihat mereka, respon tawa dan cerita bagaimana mereka mengurus masa dalam tempoh PKP.

Jika Liga Perdana Inggeris (EPL) ada “Project Restart” , kita pun nak la “Project Study Restart” juga. Jom!

 

p/s : warm up masuk kelas dulu sebelum pulun habis wink




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

Write a comment

Ada 61 Komentar untuk Berita Ini

View all comments

Write a comment