Bazar Ramadhan KML

By cikgufizi 16 Apr 2025, 14:40:49 Aktiviti Guru
Bazar Ramadhan KML

Bazar makanan di kawasan kolej merupakan satu fenomena yang sangat dinanti-nanti oleh mahasiswa setiap semester begitu juga dengan saya yang baru sebulan di sini. Dengan harga yang berpatutan dan hidangan yang enak, bazar ini menjadi tumpuan utama warga kolej selepas waktu kuliah sesi petang. Pelbagai juadah ditawarkan di gerai-gerai yang berbaris rapi. 

Suasana di bazar kolej yang meriah dengan gelak tawa pelajar, membeli juadah makanan untuk dibawa balik berbuka di asrama. Walaupun sederhana, bazar ini telah menjadi sebahagian daripada kenangan manis kehidupan kampus.

Bazar bukan sekadar aktiviti jualan tetapi juga ruang untuk pelajar bersosial dan melepaskan tekanan selepas sehari belajar juga pasling penting untuk berkongsi rezeki di bulan yang berlipat kali ganda pahalanya. 




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

View all comments

Write a comment