Bab 1 : Tujuan Perniagaan & Pemilikan Peniagaan
Strategi Menjawab Perniagaan Tingkatan 4
STRATEGI MENYEDIAKAN JAWAPAN
- KAEDAH MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN
(Baca petikan dan soalan, memahami tugasan soalan, menganalisis pembahagian markah)
- KAEDAH MEMBINA RANGKA JAWAPAN
(Mengariskan kata tugasan soalan,menyusun isi, menyediakan sebaik-baiknya 1 cadang 1 markah)
- KAEDAH MENULIS JAWAPAN
(Menulis kepala ayat atau rumus) : Syarikat Le’Layang Sdn Bhd / Encik Supardi/TPM
CADANGAN SKRIP JAWAPAN
(a) Klasifikasi perniagaan Syarikat Le’Layang Sdn. Bhd. ialah:
- Perniagaan bersaiz sederhana
- Jumlah jualan tahunan RM 15 juta hingga kurang daripada RM 50 juta / RM 18 juta
- Bilangan pekerja 75 hingga kurang daripada 200 orang / 80 orang
- Sektor kedua / sekunder
- Pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap / barang separuh siap / pemprosesan pati sarang burung walid
- Kategori pembuatan dan pengilangan
(b) (i) MATRADE
(b) (ii) Peranan lain MATRADE ialah:
- Membangunkan kawasan perdagangan baharu
- Mengenal pasti pasaran baharu di luar negara
- Menemukan pengeksport tempatan dengan pengimport dari luar negara
- Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport
- Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan tentang aktiviti perdagangan tempatan
- Mempromosikan produk pati sarang burung walid ke luar negara
- Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa
(c) Syarikat Le’Layang Sdn. Bhd melindungi reka cipta produknya dengan:
- Mendapatkan paten
- Hak eksklusif untuk suatu reka bentuk produk pati sarang burung walid
- Produk belum dibuatkan oleh mana-mana syarikat
- Hak cipta jenama Le’Layang Bird Nest / corak botol dilindungi undang undang
- Mendaftar melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
(d) Titik Pulang Modal (TPM) ialah:
- Kos tetap ÷ ( Harga jualan seunit – Kos berubah seunit)
- ( RM 100 000 + RM 5 000 ) ÷ ( RM 120 – RM 60 )
- RM 150 000 ÷ RM 60
= 2500 unit
(e) Encik Supardi Wajar untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan hanya menekankan aspek promosi dan agihan sahaja kerana
- Mengekalkan imej produk pati sarang burung walid / bersaing dengan produk lain / meluaskan syer pasaran
- Kaedah pengiklanan melalui internet / tempahan oleh pelanggan dapat dilakukan segera / cepat
- Agihan ialah proses menyalurkan produk pati sarang burung walid daripada pengeluar/ Syarikat Le’Layang Sdn. Bhd kepada pengguna pada tempat/masa yang sesuai
- Menggunakan ejen pengimport untuk pelanggan dari antarabangsa
- Agensi/ MATRADE mempromosikan dan memasarkan produk pati sarang burung walid peringkat antarabangsa/ cth selain Singapura, Brunei dan Eropah.
ATAU
(e) Encik Supardi Tidak Wajar untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa dengan hanya menekankan aspek promosi dan agihan sahaja kerana
- Kualiti produk pati sarang burung walid perlu ditingkatkan
- Perlu bersaing dengan pengeluar luar negara dari segi pembungkusan / ciri produk / reka bentuk / penjenamaan /jaminan produk
- Menghasilkan pati sarang burung walid pelbagai perisa
- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna luar negara
- Menawarkan harga lebih kompetitif berbanding harga produk pesaing