3 Idea Sempoi HomeSchooling
Tajuk : 3 Idea Sempoi HomeSchooling
Ada beberapa negara sudah mengamalkan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dari rumah dengan pelbagai kaedah yang berbeza dan kesesuaian.
Sedar atau tidak sebenarnya kita pun mengamalkannya semasa musim PKP ini.
3 Idea Sempoi Homeschooling
1. Jadual waktu mengajar
Buat jadual waktu mengajar yang mesra ibubapa, bahagikan masa dalam 15-20 minit sahaja untuk satu-satu subjek. 5-7 minit mengajar, bakinya bantu anak buat 1-3 latihan diberikan guru. Biasanya kahoot, snap picture dan send or video.
2. Ibubapa as guru
Parents kena lapangkan masa untuk kekalkan momentum, biasakan waktu pagi, bahagikan tugas contoh ayah mengajar matematik dan bahasa inggeris manakala si ibu pula mungkin bahasa melayu dan jawi, libatkan jika ada abang atau kakak yang sedang bersekolah untuk bantu adik yang lain.
3. Sediakan bahan
Guna apa buku, latihan apa yang ada. Pantau latihan yang diberikan oleh guru sekolah mereka. Tulis tarikh. Jika sudah siap, beri ulasan, gred dan ucapan. Teruskan dengan pelbagai latihan lain. Gunakan masa yang diperuntukan. Beli buku berkaitan pembelajaran anak-anak jika mahukan latihan tambahan.
p/s : itu guru abah tengah kemaruk nak mengajar anak-anak jadi mangsa